HANYA PADA ALLAH KAMI MEMINTA

HIDUP PERUBAHAN ANDA DARI ALLAH


HAYATI PENANUGERAHAN ALLAH



HENTIAN TERAKHIR PADAMU YA ALLAH

HIDUP PERUBAHAN ANDA

HIDUP     PERUBAHAN     ANDA

Wednesday, May 20, 2009

PANDUAN UNTUK AHLI BARU

Panduan Untuk Ahli Baru

1. Pastikan kit niaga HPA yg anda terima mengandungi:

• Borang pendaftaran ahli HPA
• Katalog produk HPA
• Buku plan pemasaran
• Senarai cawangan, pusat jualan, pusat agensi HPA seluruh Malaysia
• Salinan sijil HALAL JAKIM, sijil AJL
• Senarai Harga dan Nilai Mata Produk HPA

2. Baca dan cuba fahami kesemua dokumen di atas.

3. Dapatkan alamat dan no telefon pemimpin/herbalis HPA, cawangan, stokis HPA berhampiran. Sila hubungi saya jika tiada cawangan yg berdekatan dgn tempat anda.

4. Fahami marketing plan HPA. Sila rujuk buku Plan Pemasaran dan nota yg saya sediakan dalam web www.duniaherbahpa.com dan www.duniaherba.net .

5. Anda sudah boleh membeli produk HPA dengan harga ahli. Kad ahli sementara ada dikepilkan bersama salinan borg pendaftaran (kertas kecil warna kuning). Tunjukkan kad ahli sementara, beri nama dan no ic ketika membeli produk HPA. Sebelum itu, isi maklumat anda terlebih dahulu di kad sementara tersebut (paling penting ialah nama dan no ic). Kad ahli HPA yg sebenar (termasuk no ahli HPA) akan di pos ke rumah oleh HPA dalam tempoh 3 bulan. Maklumkan kpd saya no. ahli anda setelah menerimanya.

6. Ambil dan simpan setiap invois pembelian anda untuk rujukan. Ini akan memudahkan anda mengira Nilai Mata (NM) terkumpul anda setiap bulan.

7. Bonus Bulanan
-Setiap produk mempunyai Nilai Mata (NM)/point value (pv) tertentu.
-Belian bersyarat yg ditetapkan utk melayakkan anda mendpt bonus bulanan dari HPA ialah > 50 Nilai Mata (NM) SETIAP BULAN.
-Saya menggalakkan anda membuat belian > 100 NM kerana ada tambahan bonus lain iaitu Bonus Pembelian Stabil (BPS) jika anda membuat belian sebanyak >100 NM selama 3 bulan berturut-turut. Rujuk buku Plan Pemasaran HPA.

8. Tukar semua barangan keperluan harian kpd produk HPA. Lakukannya secara berperingkat-peringkat. Yang paling penting ialah anda menggunakannya secara konsisten @ berterusan (istiqamah) setiap bulan. Mulakan dari barangan asas seperti:
- ubat gigi -kordial
- sabun mandi -kopi
- syampu rambut -teh
- minyak rambut -minyak
- biskut -sabun pencuci

9. Amalkan set produk asas utk tujuan penjagaan kesihatan. Cadangan:
- Spirulina
- Omega 3 Kapsul/Softgel
- Kopi Radix
- Madu Asli

Bagi anda yg mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti kencing manis, darah tinggi atau lain-lain, sila dapatkan nasihat dari saya atau Herbalis HPA terlebih dahulu. Kami akan cadangkan produk yg sesuai.

10. Mulakan promosi produk HPA yg asas dan mudah spt ubat gigi, sabun, kopi dll terlebih dahulu kepada kenalan rapat, rakan pejabat, jiran. Kongsi dgn mereka tentang kebaikan produk. Beri beberapa sample produk utk percubaan.

11. Cadangan: lakukan penjualan Kopi Radix papan di kedai-kedai makan. Sertakan bersama poster dan pamplet, target lokasi anda. Sediakan tali (utk gantung), buku resit dan letak nama, no tel anda di ruangan utk dihubungi di kopi papan.

12. Ajak kenalan rapat, rakan, jiran anda menjadi pengguna produk HPA. Anjurkan mereka melakukan perkara yg sama iaitu menukar produk harian mereka kpd produk HPA. Beritahu tentang kelebihan mendapat diskaun produk apabila menjadi ahli HPA.

13. Cara mendaftar ahli baru HPA secara offline:
• Dapatkan kit niaga HPA di mana2 cawangan, stokis HPA dengan harga RM 30 sahaja. Borang pendaftaran ahli HPA ada di dalam kit.
• Bakal ahli hendaklah melengkapkan borang pendaftaran ahli HPA. Tulis nama anda di bahagian penajaan beserta no ahli HPA (kod penaja) anda pada borang keahlian bakal tajaan anda. Jika anda belum mendapat no ahli HPA, sila letakkan no ic anda di bhgn kod penaja.
• Simpan salinan borang (kertas kuning) utk anda dan tajaan anda (kertas merah). Yang lain serahkan kpd cawangan/stokis HPA. Mereka akan submit kepada pihak HQ HPA.

14. Dengan adanya website (http://www.duniaherba.net), kini anda boleh promote perniagaan HPA secara online. Jadikan ia sebagai satu cara utk mendapatkan downline dan prospek. Cadangan promosi online:
• Promote melalui emel: sebarkan kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja utk layari web tersebut.
• Promote melalui forum: pastikan forum tersebut membenarkan anda promosi produk or bisnes, jika tidak, mungkin anda akan di banned oleh Admin.
• Chatting: Yahoo Messenger/Meebo/Gmail dll
• Iklan: Iklankan web anda di web yg menyediakan perkhidmatan iklan samada secara percuma atau berbayar.
• Flyers/Broacher: Edarkan flyers atau broacher dari rumah ke rumah atau tmpt2 tumpuan.
• SMS: SMS kepada rakan2 anda bagi mempromosi web replika anda.

15. Hadirkan diri ke kelas mingguan/bulanan yg dianjurkan oleh HQ HPA dan cawangan HPA berhampiran. Tanya staf HPA cawangan utk mengetahui program/kelas yg sering diadakan.

16. Selalu berhubung dgn pemimpin/penaja utk mendapatkan tips-tips dan motivasi daripada mereka.

Sedikit info mengenai BONUS BULANAN dari HPA...

Anda layak memperolehi bonus bulanan dengan syarat membuat belian minima 50 Nilai Mata (NM) dalam satu-satu bulan.

Bentuk2 pemberian bonus:

1. Cek dalaman (seperti voucher):
utk bonus kurang dari RM 50. Anda boleh tukarnya dgn membeli produk HPA di stokis atau cawangan HPA. Tidak boleh di tunaikan kpd wang.

2. Cek Bank Islam:
utk bonus melebihi RM 50. Anda juga boleh tukarnya dgn membeli produk HPA di stokis /cawangan HPA atau menunaikan cek tersebut kpd wang tunai di Bank islam.

3. Bonus di bank in ke akaun Bank Islam:
Tidak kira berapa nilai bonus anda, ianya akan di bank in terus ke akaun secara online. Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam dan mengisinya ke dlm borang pendaftaran ahli HPA atau boleh juga isi borang khas yg boleh didapati di cawangan HPA.

Pilihlah mana yang anda rasa sesuai. Surat Penyata Bonus tetap dipos kepada anda walaupun anda memilih utk terima bonus secara online.

Anda digalakkan utk membuat belian 100 NM setiap bulan. Kenapa? Ini kerana bagi ahli yg belum berpangkat dan berpangkat pertama (Pengurus Melati, PLX), anda layak menerima BONUS PEMBELIAN STABIL (BPS) sekiranya anda membuat belian 100NM selama 3 BULAN BERTURUT-TURUT.

BPS adalah sebanyak 5% drpd perkongsian keuntungan syarikat. Anggaran BPS adalah RM25-40 dan ianya bergantung kepada jumlah jualan bulanan syarikat. Jika anda ter 'miss' utk beli 100NM pada mana2 bulan, anda kena mengulanginya semula.


Latihan/Kursus Yang Di Tawarkan

HPA menyediakan beberapa kursus utk anda pelajari. Antaranya:
• Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC)
- Memberi peluang kepada pengedar yang mahu menghayati alam herba HPA. Bertempat di HQ HPA, Perlis. Antara modul:
a) Program Bina Insan
b) Keusahawanan Muslim
c) Halal dan Haram dalam pemakanan dan minuman
d) Konsep asas Perawatan JAWI
e) Membina siasah seorang perawat
f) Pengetahuan Produk HPA
g) Lawatan ke Kompleks HPA, Kilang Kuala Perlis, Napoh, Jejawi serta ladang herba HPA
h) Bengkel dan latihan
i) Riadah (senaman) seorang perawat
j) Santapan kerohanian
k) Testimoni kejayaan usahawan

• Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)
- Seminar 2 HARI 1 MALAM ini khas utk anda mempelajari asas perniagaan MLM yg sebenar. Bayaran yuran: RM 180 sahaja termasuk penginapan/makan/minum/nota.
- Faedah: anda akan dinaikkan ke pangkat pertama dlm HPA iaitu Pengurus Melati (PLX) dgn bonus 20% KEKAL!.(sila lihat syarat lain dlm web saya).
- Yakinlah bahawa untuk berjaya dalam perniagaan ini, ILMU adalah faktor yang paling penting. Dapatkan ilmu yg selengkapnya melalui PBC ini supaya anda tahu apa yg perlu dilakukan dalam menjalankan perniagaan MLM HPA ini.

• Kelas mingguan
- Setiap cawangan HPA menganjurkan kelas mingguan. Faedah:
a) Sebagai tapak pembinaan jaringan
b) Tempat memperolehi ilmu & kemahiran
c) Tempat memotivasikan diri
d) Tempat perbincangan & penyelesaian masalah
e) Mengukuhkan silaturrahim

Jika ada sebarang pertanyaan ttg produk HPA, sila hubungi:

Herbalis HPA:
Pn Habshah Ariffin,
019-3337245/03-55105477
(Stokis Shah Alam, No 9, Jalan Nenas, 4/4, 40000 Shah Alam-stokis ini di rumah, bukan kedai)

Redza / Mirzan, Admin DuniaHerba.net
muhamadredza@gmail.com / mirzand@streamyx.com
019-3093956, 012-2780799
Kajang, Bangi

Herbalis HPA:
Nurul Huda,
019-6786881 (Stokis Jempol, N. Sembilan)


Salam ukhwah,

Sedikit panduan dari saya...
Panduan Mengamalkan Produk Herba HPA

1. Amalkan herba 30 minit sebelum makan, kecuali jika ada gastrik, amalkan 30 minit selepas makan.
2. Baca bismillah, doa dan selawat 3 kali sebelum makan.
3. Herba tidak boleh diambil serentak dengan ubat klinik (bahan kimia). Jarakkan masa 3 jam antara kedua-duanya jika ingin mengamalkannya secara bersama.
4. Minum air > 8 gelas sehari (2.5 liter). Ini penting utk membolehkan herba bertindakbalas dengan tubuh.
5. Ikut dos yg telah ditetapkan. Dos sebenarnya bergantung kepada umur, berat badan dan tahap penyakit (kronik @ biasa). Sila dapatkan nasihat dari saya @ Herbalis HPA terlebih dahulu tentang dos yg sesuai. Dos yg tertulis pada botol produk adalah utk tujuan penjagaan kesihatan sahaja. Ia boleh ditambah berdasarkan faktor-faktor di atas. Mulakan dgn dos yg rendah bagi pengamal herba yg baru.
6. Bagi yg baru ingin mengamalkan herba dan mempunyai masalah buang air besar, anda digalakkan utk mengambil produk Pelawas terlebih dahulu utk pencucian usus. Ingat! Habiskan satu botol sahaja. Tak perlu ambil secara berulang kali. Sebabnya adalah utk membolehkan usus bergerak secara sendiri tanpa terus-menerus bergantung kepada ubat.
7. Tambahan:
1. Wanita hamil tidak boleh mengamalkan PELAWAS dan PARAMARIA PLUS.
2. Wanita boleh mengamalkan Kopi Radix.
3. Wanita hamil digalakkan mengamalkan Kopi Radix selepas usia kandungan melebihi 4 bulan. Kopi ini mampu berfungsi memperbanyakkan susu ibu selepas bersalin nanti.
4. Produk Mega 3 Kapsul adalah utk mereka yg berumur bawah 40 tahun manakala Omega 3 Softgel utk umur lebih 40 tahun dan mereka yg berpenyakit (rujuk penyakit yg berkaitan dalam katalog).



Saranan produk HPA di atas adalah utk mereka yg tidak punya masalah kesihatan. Bagi anda yg mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti kencing manis, darah tinggi atau lain-lain, sila dapatkan nasihat dari saya atau Herbalis HPA terlebih dahulu. Kami akan cadangkan produk yg sesuai.
Wassalam.

--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006


INFO TAMBAHAN Subject: FW: 6 perkara Allah sembunyikan

MasyaAllah..besarnya pahala yg Allah berikan…

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan
>
bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula
>
baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
>
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
>
124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang
>
dirinya sendiri dan berkata:-
>
>
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk
>
yang lebih baik daripada aku?."
>
>
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
>
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
>
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap
>
rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai
>
Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
>
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah
>
menyembah
>
aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan
>
tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
>
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman
>
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang
>
paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
>
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
>
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat
>
yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
>
keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
>
melayang bermacam-macam dan dosa mereka
>
pun
>
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
>
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
>
lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
>
mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
>
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
>
>
>
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah
>
yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai
>
imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang
>
bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
>
Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian
>
Jibrail
>
as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
>
Ma'waa.
>
>
>
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT
>
maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan
>
sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
>
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
>
tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300
>
tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
>
akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
>
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah
>
SWT lalu ia berkata dalam sujud:
>
>
>
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
>
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
>
seperempatnya?" Kemudian Allah swt berfirman yang
>
bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
>
terbang
>
selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
>
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau
>
miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu
>
lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
>
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
>
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan
>
solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
>
>
>
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha
>
lakukan...
>
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan
>
enam
>
perkara iaitu :-
>
>
>
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam
>
taat.
>
>
>
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
>
dalam maksiat.
>
>
>
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang
>
Maha Agung di dalam Al-Quran.
>
>
>
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar
>
di dalam bulan Ramadhan.
>
>
>
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
>
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
>
>
>
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
>
terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
>
>
>
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
>
Wallahualam.
>
>
>
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada
>
saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi
>
renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
>
yang
>
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
>
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah
>
meninggal dunia...
>

No comments:

My Blog List

About Me