Saya amat berterima kasih atas respon saudara Zulfadli tentang isu 300 NM ini. Perkongsian pengalaman sebegini akan membantu menguatkan semangat dan meninggikan motivasi di kalangan kita. Tips/teknik menjual yang dikongsikan juga sangat berguna untuk kita sama-sama mempraktikkannya.
Terima kasih juga kepada En Miswan (Pakwan). Beliau orang lama dalam MLM. Dah banyak MLM yang beliau sertai akhirnya HPA juga yang terpaut di hati. Diharapkan En Miswan dapat berkongsi lagi ilmu-ilmu yang berguna dan pengalamannya menjalankan bisnes MLM ini.
Saya mengalu-alukan sebarang perkongsian tips/teknik promosi/jual dalam google group ini.
Wassalam.
2009/5/10 miswan surip <pakwan63@yahoo.com>
Assalamua'laikum wbh.
Salam perkenalan daripada Pakwan kepada pejuang-pejuang ekonomi tulen HPA. Untuk makluman pejuang-pejuang semua, Pakwan terlibat dalam industri MLM telah lama dan telah menjadi ahli kepada 20 syarikat bermula dari AMWAY, CNI (Silver Distributor), GANOEXCEL, REVELL, PROPOLIS GOLD, HUBB (Manager), SURECO (Ruby Manager), DCL (Emerald Maneger) dan terkini/terakhir dan insyaAllah sampai akhir hayat ialah syarikat HPA (bulan 3 naik pangkat PLX). Banyak peristiwa pahit dan manis terutama sekali berkaitan pengumpulan NILAI MATA (point value). Apa yang Pakwan ingin kongsikan di sini ialah bagaimana dalam masa 2 bulan dapat pangkat PLX (1500NM). Langkah-langkahnya:
1. Keluar modal sikit. Buat seminar 1 minggu sekali (Konsep menjala bukan konsep memancing). Jemput kawan-kawan. Beri penerangan perlunya berjihad dalam ekonomi Islam.
2. Susun 6 rakan pejuang tulen dalam paras 1.
3. Minggu berikut susun pejuang-pejuang yang lain di bawah 6 rakan pejuang tulen.
4. Ulangi langkah 1-3 di atas.
InsyaAllah akan berjaya. Dan jangan lupa konsep DUYIT iaitu doa, usaha, yakin, ikhlas dan tawakkal. Selamat mencuba.
--- On Sun, 5/10/09, Mohd Zulfadli <mohdzulfadli25@yahoo.com> wrote:
From: Mohd Zulfadli <mohdzulfadli25@yahoo.com>--- On Sun, 5/10/09, Mohd Zulfadli <mohdzulfadli25@yahoo.com> wrote:
Subject: [DuniaHerba.net] Re: "Isu" 300NM
To: duniaherbahpa@googlegroups.com
Date: Sunday, May 10, 2009, 4:31 AM
Assalamualaikum ahli-ahli HPA yang saya kasihi.
Berkaitan dengan 300NM, jumlah yang perlu dikeluarkan bukanlah satu jumlah yang besar. Yang menentukan ia berjaya dibuat atau tidak hanyalah kehendak kita sahaja. Pihak stokis pun dah bagi peluang untuk bekerjasama. Saya sendiri pun kumpul 300NM sikit-sikit sehingga cukup dengan kerjasama En. Redza.
Kalau anda nak tahu, ada company MLM lain hanya berikan masa satu bulan sahaja untuk buat jualan sebanyak RM4500.00 untuk dapat bonus tertentu dan untuk "naik pangkat". Konsepnya sama dengan 300NM HPA, cuma yang beza adalah tempoh dan jumlah modalnya. Satu bulan, bukan dua bulan dan bukan ratusan ringgit seperti HPA. Tapi ribuan.
Namun, ahli-ahli company MLM tersebut berjaya melakukannya walaupun syarat tersebut amat singkat dan modalnya pula besar. Malah harga produknya boleh tahan juga (mahal). Agak-agak apakah sebab mereka boleh melakukannya? Sudah pasti kehendak mereka dan juga usaha yang tak berbelah bahagi.
Saya bukan nak banding dengan company lain, tapi sebagai pembangkit persoalan mengapa dalam HPA yang 300NM hanya perlukan modal tak sampai seribu pun, banyak "alasan" yang dilontarkan. Saya tahu ramai yang tak mampu, tapi saya perhatikan ahli-ahli di company MLM tersebut pun orang-orang yang lebih kurang sama dengan kita. Orang yang biasa, tapi kehendaknya "luar biasa". Kita juga perlu jadi macam tu. Lagi-lagi kita orang Islam, lagi lah perlu kuat dan bersemangat.
Ini semua bergantung kepada keyakinan dan keinginan kita. Itu sahaja. Selebihnya perlukan usaha dan perancangan yang baik.
Rujuklah upline masing-masing terutama admin kita En. Redza atau mana-mana ahli yang lain. InsyaAllah, pengalaman mereka boleh mencadangkan pelbagai cara untuk capai 300NM tersebut. Saya sendiri pun mengikut cara yang disarankan oleh En. Redza.
Untuk memudahkan, ini cadangan saya:
1. Senaraikan barangan untuk kegunaan sendiri = xxxNM?
2. Senaraikan barangan yang mudah untuk dijual (utamakan kopi radix) = xxxNM
Senaraikan barangan yang akan dibeli sehingga cukup 300NM. Sila rujuk stokis yang boleh buat pembelian berperingkat untuk 300NM ni. Kalau anda tak buat senarai, agak susah anda nak nampak barang apa yang perlu anda beli. Malah anda akan rasa 300NM tu terlalu besar. Senaraikan, dan beli mana yang perlu dahulu.
Kalau beli barang hanya untuk kegunaan sendiri sahaja, nanti banyak pula yang tak digunakan. Elakkan pembaziran. Better beli stok dan jual balik.
Baik, cuba buat tip saya berikut..
Cara ini saya buat sendiri iaitu "kongsi duit". Tanya ahli keluarga, makcik pakcik, adik beradik, jiran tetangga atau sesiapa saja nak order tak barang HPA. Bagitahu mereka yang anda akan order (beli) stok barangan HPA, jadi alang-alang nak order, bolehlah order sekali untuk mereka. Gunakan ayat macam ni:
"saya nak order barang HPA ni. Nak tak order apa-apa barang?"
Sebaliknya jangan cakap, "saya nak jual barang ni..". Confirm mereka dah tak selesa. ;)
Berikan mereka katalog produk untuk mereka tengok-tengok barang yang mereka berminat. Kalau boleh, bagi mereka masa untuk belek-belek katalog tu. Anda tak perlu menjual, cuma perlu tanya "nak order sekali tak"? Kalau mereka berminat, mereka akan bagitahu produk yang mereka rasa berminat dan nak cuba. Kalau mereka tak berminat, tak apa. Buat biasa saja. Lagipun anda hanya tanya, bukan nak menjual. :)
Dengan cara ni, selain beli untuk diri sendiri, saya juga beli untuk saudara mara saya dan juga kawan-kawan saya. Saya syorkan mereka produk-produk tertentu setelah tanya berminat tak cuba produk HPA? Alhamdulillah, mereka berminat. Kita hanya perlu bertanya sahaja. Kalau mereka tak minat tak apa. Yang penting tanya dulu.
Saya teringat satu situasi di mana saya baru join HPA. Kawan serumah saya tanpa saya promote pun, dia berminat nak beli produk HPA selepas belek-belek kit niaga HPA. Point di sini, kalau kita tak cakap pun orang mencari atau berminat, apatah lagi kalau kita bertanya.
Berbalik pada cara saya tadi, dengan cara tersebut, kita tak perlu keluarkan banyak duit sendiri-sendiri dan untuk diri kita sendiri (beli dan guna). Sebab kita dah dapatkan wang bayaran daripada mereka yang berminat nak order sekali. Jadi beban kita di sini untuk keluarkan modal sudah jadi ringan.
Keseorangan?
Sekadar perkongsian dengan anda, saya di sini tak ada kawan-kawan yang satu group (rangkaian En. Redza, duniaherba.net). Upline saya di KL. Saya keseorangan di sini (Johor Bahru). Namun saya pasti akan berusaha dengan merancang strategi bagaimana saya boleh bergerak dan membina group sendiri di kawasan saya ini. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya. InsyaAllah.
Anggaplah HPA sebagai perniagaan anda sendiri dan kreatiflah di dalam menjual. "Buatlah benda sama, tapi dengan cara berbeza". Satu lagi sebelum saya akhiri, banyaklah membaca dan menuntut ilmu terutama ilmu menjual. Kita akan rasa ada "block" yang menghalang kita bertindak kalau kita tak banyak membaca dan belajar sebab kita hanya menggunakan corak pemikiran yang sama. Dengan membaca dan belajar, pemikiran kita semakin membesar dan banyak idea akan kita dapat. Kedua, selalulah berhubungan dengan upline anda. Merekalah mentor utama anda. Itu pun kalau upline aktif lah. ;)
Satu tahun lagi, kalau kita tak buat apa-apa dari sekarang, percayalah, kita akan menyesal pada masa tersebut.
Hanya sekadar pendapat dan cadangan saya, ahli HPA yang masih lagi bertatih.
Wassalam.
Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli
ps. Saya ada seorang kawan ahli MLM lain dan kami kawan baik. Saya ceritakan dia pasal HPA dan matlamat HPA. Walau tetap dengan company MLM tu, tapi dia beli barangan HPA terutama ayam HPA dan sos sebab mahu support barangan muslim dan sedar akan kebaikan ayam tu berbanding ayam biasa. Kalau dia boleh support, mengapa tidak kita yang dah jadi ahli ni? ;)
--- On Thu, 5/7/09, Muhamad Redza Ahmad Rodzi <muhamadredza@gmail.com> wrote:
From: Muhamad Redza Ahmad Rodzi <muhamadredza@gmail.com>
Subject: [DuniaHerba.net] Re: replay kpd topic Berkenalan Dengan Stokis HPA Putrajaya dan Jadual Program PBC bulan Mei 2009
To: duniaherbahpa@googlegroups.com
Date: Thursday, May 7, 2009, 11:09 AM
Salam,
Saya respon sedikit kepada emel berhubung belian 300 NM untuk PBC. Kepada ahli yang telah mendaftar ke PBC pada bulan ini khususnya, janganlah anda berasa gusar dengan hal 300NM ini.
Saya merupakan sebahagian peserta PBC yang melaksanakan 300NM selepas hadir PBC. Pada mulanya memang ia nampak suatu yang amat besar dan tinggi kosnya. Tetapi, percayalah bahawa selepas anda hadir PBC, anda akan diterangkan dengan jelas
bagaimana menjadikan 300NM sangat mudah untuk diselesaikan.
Saya juga tak percaya saya mampu melakukannya. Tetapi, aura PBC sangat luar biasa menjadikan saya seorang yang luar biasa juga. Dari PBC, saya sedikit demi sedikit mengenal potensi diri. Dan akhirnya saya dapat selesaikan 300NM sebelum habis dateline. Yang sebenarnya, kita harus pecahkan mental block dalam minda kita yang selalu katakan tidak boleh itu.
300NM boleh dikumpul tanpa ada had masa sebelum hadir PBC hanya dgn stokis sahaja. anda kena berbincang dulu dgn stokis ttg perkara ini.
Bagi yang menyelesaikan 300 NM selepas hadir PBC, anda diberi masa 2 bulan dari date PBC utk mengumpul 300NM. Ia sebenarnya satu masa yang panjang. Kalau setiap hari anda mampu jual Kopi Radix jumbo. Cukup 30 hari sahaja, 300NM sudah dapat diselesaikan. 1kotak kopi=10NM. 1 hari 1 kotak, 30 hari 30 kotak=300NM.
Ini belum campur lagi dengan produk yang lain. baru satu produk. belum lagi produk untuk diri anda sendiri, keluarga dll. Ini sekadar satu contoh. banyak lagi cara yang akan di terangkan semasa PBC nnt. Anda sebenarnya boleh beli brg HPA secara berperingkat2 utk mengumpul 300NM ini dan bukannya beli sekaligus. tetapi ini hanya dibolehkan utk belian dgn stokis sahja dan bukan cwgn HPA.
Saya harap 300NM tidak menjadi satu halangan besar kepada kita untuk mencapai kejayaan menjadi Usahawan MLM HPA yang berjaya. Jadi saya seru rakan-rakan HPA yang belum sertai PBC, hadirlah segera. Anda akan merasakan kelainan program HPA dengan program syarikat MLM lain di luar sana.
wassalam.
2009/5/7 mohd mazlan <zidlan@yahoo.com>
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Semoga semua yang membaca email ini mendapat rahmat dan berkat dari ALLAH S.W.T.
Disini saya Mohd. Azlan Bin Abdul Rahman selaku agen stok (STOKIS) ingin berkongsi sedikit maklumat kepada Tuan/Puan/Cik/Encik yang bakal/berminat untuk menghadiri kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) supaya memahami terlebih dahulu keperluan dan persediaan sebelum menghadiri kursus PBC tersebut.
Adalah diingatkan bahawa setiap perserta yang ingin menghadiri kursus PBC perlulah mengumpulkan 300 Nilai Mata (NM) terlebih dahulu sebelum hadir ke kursus tersebut. 300 NM itu pula perlulah dikumpulkan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan hanya di STOKIS SAHAJA bukannya melalui pembelian secara terus di cawangan-cawangan.
Bagi yang tidak mengumpul 300 NM tetapi terus pergi ke kursus PBC akan menyedari bahawa perkara ini akan memberi sedikit kesulitan kerana 300 NM adalah bernilai RM 600 dan keatas itupun jika purata harga barang yang dibeli adalah 1 NM = RM 2. Tetapi mengikut perkiraan saya sebagai seorang stokis kebanyakan barangan HPA adalah bernilai 1 NM = RM 3.
Seperti saya sebagai seorang stokis dan peniaga 300 NM tidak menjadi satu masalah besar. Malahan bulan April lepas 3 orang downline saya telah pun menghadiri kursus tersebut iaitu mak dan isteri saya serta En. Fauzi Sabri dr www.HPAsmart.biz (syukur alhamdulillah). Jadi di sini saya nak maklumkan bahawa sesiapa yang ingin megumpul 300 NM tak kiralah dimana pun anda berada bolehlah menghubungi saya untuk berbuat demikian (PROMOSI SIKIT).
Segala yang baik datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk datang dari saya.
Wassalam.
MOHD. AZLAN BIN ABDUL RAHMAN
STOKIS HPA 431674.MY01
PUTRAJAYA
0132022480 / 0126415494
zidlan@yahoo.com
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
WP Putrajaya, Malaysia
Email: muhamadredza@gmail.com
Hphone: 019-3093956
YM: rayz_2006
---------------------------------------------------
Web Autodownline http://www.duniaherba.net
Blog Bisnes & Produk HPA http://duniaherbahpa.com
Blog Group DuniaHerba.net http://group.duniaherbahpa.com
Salam ukhwah,
Saya ada terbaca artikel di bawah dari satu blog. Saya kongsikan bersama anda agar anda beroleh sedikit motivasi dan semangat dalam memperjuangkan produk HALAL HPA ini.
Ciri-ciri orang berjaya, baca kisah orang berjaya, ikut orang berjaya dan jadi orang BERJAYA
sentiasa mahu belajar
untuk maju kedepan kita sentiasa perlu belajar
belajar itu banyak elemennya, banyak caranya
belajar dari kesilapan...betulkan
belajar dari pengalaman...adunkan
belajar dari kursus...amat amatikan
belajar dari meeting...aktifkan diri sendiri
belajar dari upline, belajar dari buku, belajar dari pemerhatian, belajarlah dari sesiapa saja.
jangan rasa jemu belajar
sentiasa bersedia
sediakan mental. berfikiran luas dan terbuka
sediakan fizikal. bersemangat dan sentiasa sihat dan rasa sihat
sediakan IQ,EQ dan SQ. mental perlu berfikir positif dan bersabar dengan segala rintangan yang bakal dihadapi.
memiliki imaginasi luar biasa
imaginasi lebih penting dari pengetahuan-kata albert einstein.kerana setiap kerja bermula dengan imaginasi. imaginasi yang hebat hebat dan dalam jangkauan.
orang berjaya dulu adalah pernah berimaginasi jadi orang berjaya.
sentiasa ingin berkongsi
perniagaan networking adalah memerlukan berkongsi dari segala segi
berkongsi kebaikan produk
berkongsi peluang menambah pendapatan
berkongsi ilmu pengetahuan
berkongsi tenaga
berkongsi kejayaan
ok itu sebahagian tips yang saya olah dari buku jutawan mlm.selamat mencuba untuk diri sendiri.
** Post terbaru di web, HPA Sertai MIHAS http://duniaherbahpa.com/2009/05/hpa-sertai-mihas-2009/
** Apa nak buat lepas jadi ahli VIP http://group.duniaherbahpa.com/2009/05/06/tindakan-awal-ahli-vip/
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
WP Putrajaya, Malaysia
Email: muhamadredza@gmail.com
Hphone: 019-3093956
YM: rayz_2006
---------------------------------------------------
Web Autodownline http://www.duniaherba.net
Blog Bisnes & Produk HPA http://duniaherbahpa.com
Blog Group DuniaHerba.net http://group.duniaherbahpa.com
Salam ukhwah,
Saya masih menanti komen dari rakan-rakan DuniaHerba.net untuk blog ini terutama dalam post untuk sesi taaruf http://group.duniaherbahpa.com/2009/04/10/dah-kenal-baru-cinta/ . Marilah kita berkenal-kenalan supaya apabila ada kemesraan kerana Allah di antara kita, mudah-mudahan perhubungan ini akan berterusan sampai bila-bila demi kebaikan bersama khasnya dan umat Islam amnya.
Saya telah menubuhkan google group untuk rangkaian online kita iaitu http://groups.google.com/group/duniaherbahpa . Pada mulanya saya rasa tak perlu tetapi selepas saya menghantar emel menggunakan Gmail ke semua emel downline berjumlah lebih 600 emel, Gmail memberi warning supaya tidak menghantar emel secara pukal kerana mereka akan mengklasifikasikannya sebagai SPAM. Atas sebab itu, akhirnya google group ini ditubuhkan untuk mengelakkan emel-emel yang dihantar nanti tidak sampai kepada semua downline atau pun dimasukkan ke dalam Spam/Bulk.
Saya telah add semua emel ahli VIP DuniaHerba.net dalam group ini namun saya rasa ada beberapa nama yang tercicir. Jadi saya mohon semua ahli terutama upline untuk memastikan downline anda sertai group ini agar mereka tidak terlepas dari mengetahui berita terkini group kita.
Untuk itu, bagi ahli VIP yang belum sertai google group ini, anda diminta untuk memberi maklumat pengenalan diri seperti berikut ke emel saya muhamadredza@gmail.com :
* Nama penuh
* Alamat emel
* Nama upline anda
Macamana nak tahu anda dah join google group ini atau belum? Baiklah, semalam, 12 April saya telah mengirim emel bertajuk "Bantuan Follow Up Prospek" melalui google group ini. Jika anda menerima emel ini, ia bererti emel anda telah dimasukkan dalam google group ini.
**RFC akan dibuka di Kota Mekah. Sama-sama kita doakan semoga ianya berjaya. Amin!
Pengurus Google Group DuniaHerbaHPA,
Muhamad Redza
---------------------------------------------------------
Anda boleh terus mempromosikan website anda (SMS @ Email)
http://www.DuniaHerba.net/hairi
Salam ukhwah,
Saya baru saja setup satu blog baru untuk rangkaian kita DuniaHerba.net.
Blog ini akan mengkhusus kepada berita, perkembangan, aktiviti kumpulan
kita. Saya baru post satu entry. Anda boleh baca dan beri cadangan apa nak
dibincangkan dalam blog ini. Isi cadangan anda di ruangan komen. Wassalam.
Oh ya , lupa pula...ini blognya http://group.duniaherbahpa.com/
---------------------------------------------------------
Anda boleh terus mempromosikan website anda (SMS @ Email)
http://www.DuniaHerba.net/hairi
Saya baru saja setup satu blog baru untuk rangkaian kita DuniaHerba.net.
Blog ini akan mengkhusus kepada berita, perkembangan, aktiviti kumpulan
kita. Saya baru post satu entry. Anda boleh baca dan beri cadangan apa nak
dibincangkan dalam blog ini. Isi cadangan anda di ruangan komen. Wassalam.
Oh ya , lupa pula...ini blognya http://group.duniaherbahpa.com/
---------------------------------------------------------
Anda boleh terus mempromosikan website anda (SMS @ Email)
http://www.DuniaHerba.net/hairi
No comments:
Post a Comment