Fw: [DuniaHerbaHPA.com] Anakku dan Milo HPA
Saya telah lama tidak mengutuskan emel kepada anda semua. Hampir seminggu lebih rasanya. Adakah saya sudah hilang semangat untuk meneruskan perjuangan perniagaan produk Halal HPA ini? Mungkin tidak.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah saya baru sahaja (tak baru sangatlah, dah seminggu) menerima cahaya mata pertama saya pada 14 November 2008 hari Jumaat yang lepas. Baby girl. Alhamdulillah, wife dan baby kedua-duanya selamat dan sihat walafiat. Sebaik sahaja wife saya bersalin, saya terus sibuk menguruskan mereka. Dan sejak itu saya tak sempat langsung menyentuh PC dan Internet. Kepada ahli yang baru mendaftar yang belum menerima kit niaga HPA, saya mohon maaf banyak2 sebab terpaksa menangguhkan penghantaran kit niaga HPA kepada anda. InsyaAllah saya akan cuba pos pada minggu ini juga.
Anda sudah tahu ke mana saya menghilang selama ini. Saya harap anda tidak pula hilang semangat untuk meneruskan perniagaan HPA ini. Kalau anda tak tahu macam mana nak promote web replika anda di Internet, saya cadangkan anda baca ebook cara promosi web di ruangan Download dalam web DuniaHerba.net. Cuba praktiskan satu per satu.
Dalam pada itu, kita semua telah digemparkan dengan Kopi Radix palsu yang dijual di pasaran. Anda boleh lihat gambarnya di blog DuniaHerbaHPA.com. Dan ini pula satu tawaran yang menarik dari HPA:
Banyak RM 10 ribu tu. Ni yang buat rasa nak jadi spy pulak. Hehe..
HPA ada keluarkan produk baru lagi. Anda peminat minuman Milo? Kini HPA sudah ada alternatif kepada minuman ini. Namanya...jeng..jeng..jeng... Radix Koko.
Sedikit info tentang produk ini...
Rasa dan aromanya amat unik sekali dengan gabungan koko dari Gred A. Radix KOKO dijangka akan bersaing hebat dipasaran negara ini nanti. Ramai para pengedar HPA yang siap menanti untuk mengempur pasaran. Rasanya amat sedap dan unik sekali. Sila ke cawangan/stokis terdekat untuk membeli dan mencuba sendiri keenakannya. Gempur Radix KOKO.
INFO PRODUK
* Mengandungi 15 sachet(bungkus)
* 1 sachet 30 gm
* Pilihan untuk semua golongan
* Harga : RM16.00 (harga ahli)/RM20.00(harga pengguna)
* Nilai mata : 5 NM
Gambar produk ada disertakan dalam attachment emel ini.
Wassalam.
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006
Salam ukhwah,
Salam ukhwah,
Radix Satu Kajian
Pena : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad
Pengarah Urusan HPA
Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?
Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?
Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya(Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk " Radix satu kajian"
Apakah itu Radix?
Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.
Kenapa memilih akar/Radix?
Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsure Tanah, Air, Api, dan Angin.
Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.
Di sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb" – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.
Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.
Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?
Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah?
Mari kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.
Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.
Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi perawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:
Teja Lawang ----- Aromatik ----- Api
Larak ----- Astringen----- Tanah (kelat)
Tebu Gajah ----- Manis ----- Air
Tongkat Ali ----- Pahit ----- Angin
==============================
Kopi Radix Untuk Sakit Pinggang
Tulang belakang di definisikan dalam kamus sains sebagai Vertebra yang terdiri daripada tulang servical, thorasic, lumbar dan sacrum. Sehubungan itu, ruas-ruas tulang belakang berfungsi untuk menyambungkan saraf kepada organ-organ tubuh di mana gangguan tulang menyebabkan gangguan pada fungsi organ-organ tersebut. Dengan kata lain, binaan tulang terdiri daripada mineral kalsium dan phosphorus. Selain daripada masalah oestoporosis (pereputan tulang) terutama pada kaum wanita, gejala pengeringan di sendi-sendi sering terjadi di bahagian sendi lutut. Gejala kekeringan cairan di dalam tempurung lutut ini selalu terjadi apabila umur seseorang itu menjangkau ke 50an.
Salah satu symptom masalah di tulang belakang ialah kebas di hujung-hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala, dan kesakitan di tulang belakang. Keadaan ini berlaku akibat dari kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat di perlukan untuk terapi ini. Oleh itu, mengamalkan minuman susu bukanlah merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh mempunyai kekurangan enzim Lactase, ia boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsium. Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang sekaligus mengakibatkan terjadinya asidosis . Di samping itu, tubuh ini akan berusaha untuk menghilangkan asidosis terrsebut dengan mengambil atau menyerap kalsium daripada tulang atau gigi.
Makanan yang kita makan pada hari ini juga, kebanyakannya menyebabkan terjadinya asidosis. Oleh sebab itu, kalsium daripada tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan, akan tetapi tidak semua kalsium mudah diserap daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalik didalamnya.
Penyerapan kalsium daripada Kopi Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan yang lain kerana tindak balas kimia yang belum dikaji. Dengan itu, bagi untuk mengelakkan terjadinya masalah tulang belakang Tn/pn di nasihatkan supaya tidak memakan asam lambung, kerana inilah salah satu punca pemakanan yang menyebabkan gejala ini berlaku..
Sumber: http://promsj.blogspot.com/
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006
Salam ukhwah,
Hayati Semula Perjuangan HPA
HPA adalah milik semua pengedar. Berjuang dalam HPA dengan penuh kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab adalah sesuatu yang amat diperlukan. HPA bangun di celah-celah duri yang menikam. Mengorak langkah dalam dunia perniagaan penuh dengan kepayahan, kesusahan, rintangan dan pelbagai ujian.
Namun, atas dasar dan matlamat yang satu, mencari redha Allah dan memenuhi tuntutan fardu kifayah, HPA terus mengorak langkah bersama barisan pemimpin yang setia. Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad memantapkan jentera pengrusan dan pentadbiran, manakala di kalangan ahli dan pengedar pula ditanam dengan semangat juang yang tinggi dan mantap. Berniaga sambil berjuang kerana Allah SWT.
Bagi memantapkan perjuangan dan ukhuwwah di kalangan pengedar, ditubuhkan kelab-kelab yang bernaung di bawah payung HPA. Maka lahirlah Kelab pemimpin Utara (KPU), Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) dan Kelab Pemimpin Timur (KPT). Tiga kelab ini merupakan tonggak kepada kekuatan rangkaian ahli yang berada di seluruh negara.
Antara yang terawal adalah KPU. Kelab ini dibangunkan sejak 2001 lagi. Pada waktu itu, ramai pemimpin-pemimpin besar lahir menganggotai HPA. Mereka datang dengan penuh semangat dan berdaya juang tinggi kerana pada waktu itu HPA baru saja mengorak langkah dalam dunia perniagaan secara MLM.
Namun perjuangan mereka bersama HPA tidak lama. Matlamat mereka tidak sama dengan matlamat HPA. Jiwa mereka tidak sama dengan jiwa HPA. Mereke ibarat tidur sebantal dengan HPA, tetapi mimpi lain-lain. Mereka datang kepada HPA dengan satu tujuan sahaja. Mereka lupa bahawa HPA lahir sebagai syarikat Islam yang menunaikan tanggungjawab fardu kifayah. Umat Islam perlu diselamatkan dengan menggunakan barangan halal lagi baik. Malangnya niat pemimpin-pemimpin ini jauh menyimpang dari hasrat sebenar HPA. Mereka mahukan bonus yang tinggi dan lumayan, sedangkan pada waktu itu jualan HPA tidaklah seberapa. Sebulan jualan HPA tidak sampai RM500,000 pun seluruh negara.
HPA dipertikaikan kerana gagal memenuhi tuntutan mereka yang mahukan bonus yang besar. Mereka pertikai habis-habisan apabila bonus mereka turun atau kalau naik pun tak banyak. Mereka pertikai produk HPA dan menganggap tidak berkualiti. Mereka mendesak HPA agar memenuhi tuntutan dan hasrat hati mereka. Mereka lupa bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Mereka juga sering mempertikaikan orang lain yang dianggap pesaing dalam dunia MLM.
Pada waktu itu bonus pemimpin-pemimpin ini agak lumayan juga jika dibandingkan dengan bonus pemimpin-pemimpin KPU yang lain seperti PJS Puan Sharifah, PJS Kak Norma, PJS Azizan, PJS Ustaz Zahir, PJS Cikgu Ismail, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah, PJS Sabri Ahmad, PJS Sabri Jaafar, PJS Mohd Khatib dan PJS Cikgu Razak.
HPA dipertikai dan dimaki hamun di sana sini. Dalam majlis atau mesyuarat rasmi, Pengarah Urusan sering menjadi sasaran. Mereka banyak komplain dan memaki hamun dan keluarkan kata-kata kasar dan kesat yang tidak sepatutnya dilakukan. Mereka ingin menjadi jaguh dan menganggap kononnya mereka adalah juara dan tahu segala-galanya selok belok berniaga. Akibat tekanan dalaman yang kuat dan rasa tidak puas hati, akhirnya mereka meninggalkan HPA.
Yang ada hanyalah mereka yang setia dalam meneruskan perjuangan ini. Nama-nama yang saya sebutkan tadi adalah antara mereka yang bersusah payah dalam HPA terutama di utara. Merekalah yang membentuk KPU dan mempertahankan HPA. Berjuang tanpa mengira penat lelah walaupun bonus tak seberapa. Ketika HPA dan Pengarah Urusan dicemuh, merekalah yang mempertahankannya. Ketika ramai lari meninggalkan HPA, mereka setia menunggu. Kenapa mereka jadi begitu? Semuanya adalah kerana perjuangan. Bukan kerana bonus lumayan. Ukhuwah di kalangan mereka cukup kuat. Tidak ada rasa tak puas hati sesama mereka. Untuk komplain dan memburukkan-burukkan HPA, jauh sekali. Mereka akur dan buat keputusan bersama. Mereka tidak lari dari majlis kalau mereka tidak puas hati dalam sesuatu perkara kerana sikap itu adalah pengaruh syaitan yang akan menjahanamkan HPA.
Mereka jarang, malah langsung tidak pernah mempertikaikan HPA dan Pengarah Urusan. Mereka tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista dalam setiap perjumpaan. Jika ada rasa tidak puas hati pun mereka akan pendam kerana mereka amat yakin bahawa HPA berada di landasan yang benar. Mungkin iblis dan syaitan yang meggerodak hati mereka untuk melawan dan mempertikai HPA.
Akibat kesungguhan dan semangat kekitaan dan kasih sayang yang kuat dipupuk dalam KPU, akhirnya HPA berjaya gah di utara. HPA makin berkembang. Mereka adalah PJS yang hidup dan berjuang dengan penuh kepayahan dan mempunyai semangat yang kuat membangunkan HPA. Akibat kesungguhan dan pengorbanan yang mereka tunjukkan, ditambah dengan kesabaran dan semangat juang HPA dan Pengarah Urusan, akhirnya HPA berkembang maju.
Pada hari ini lahir ramai pemimpin baru yang bernaung bersama HPA dan berpayung bersama KPU. Antara mereka ramai yang telah berjaya meraih pendapatan berganda. Namun ada segelintir mereka mungkin lupa bahawa lahirnya HPA hari ini adalah hasil perjuangan lama yang ditempuhi oleh pemimpin -pemimpin terdahulu.
Tidak ramai yang tahu kisah susah payah dahulu kerana zaman ini HPA sudah ada segala-galanya. HPA mampu memberikan bonus berganda sebagaimana diminta. Dulu jarang kita dengar kata-kata kesat dan komplain berganda dari pemimpin. Kini nampaknya sudah ada rona-rona dan warna-warna yang mahu kembalikan HPA ke zaman pemimpin-pemimpin durhaka. Pemimpin lama tidak mengharapkan sanjungan dan pujian. Tetapi cukuplah sekadar ingatan buat mereka bahawa "JANGAN JADIKAN WANG SEBAGAI ALAT UTAMA SEHINGGA LUPA DIRI, DAN LUPA BAHAWA HPA LAHIR DARI HASIL KERINGAT MEREKA TERDAHULU YANG BERJUANG DENGAN PENUH KEPAYAHAN"
Moga-moga ada yang akan menginsafi. Jika tidak lebih baik mengundur diri agar tidak menjadi VIRUS dalam sebuah bahtera yang suci.
Peringatan buat mereka yang MUDAH LUPA.
Wassalam.
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006
Salam ukhwah,
Sumber: Harian Metro, 11 November 2008 (Selasa)
Kesan Kopi Radix palsu
PRAI: HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara.
Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kegiatan itu memberi kesan negatif sekali gus menyebabkan kejatuhan jualan kopi Radix sebagai minuman berherba yang cukup popular di negara ini.
"Sekiranya pengedaran kopi palsu itu dibiarkan, akan menyebabkan orang ramai menjauhi kopi Radix asli," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.
Sebelum ini, kopi Radix asli dalam bentuk papan dijual kepada ahli HPA dengan harga RM16 berbanding kopi Radix palsu yang dijual harga RM14 dengan menggunakan teknik imbasan cukup tinggi menciplak papan dan sachet minuman kopi Radix asli.
Beliau berkata, rasa kopi Radix palsu tawar serta tidak mempunyai herba HPA, manakala kualiti kertas sachet palsu agak nipis berbanding asli selain warna merahnya lebih gelap dari sachet asli selain beberapa perbezaan lain.
http://duniaherbahpa.com/2008/kesan-kopi-radix-palsu/
http://duniaherbahpa.com/2008/kesan-kopi-radix-palsu/
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006
Salam ukhwah,
Kopi Tiruan
Menghadapi isu ini pehak HPA telahpun membuat lapuran kepada kementrian perdagangan untuk tindakan.Namun bagitu perkara ini bagitu sukar untuk diatasi kerana kumpulan ini bergerak dalam rangkaian yang terancang.Mereka telah mengusai pekedai pekedai yang hanya mahukan barang yang murah.Selain daripada itu lapuran polis juga dibuat dan menunggu masa untuk tangkapan.
Namun bagitu ahli-ahli HPA terus berjuang mempertahankan edaran kopi asli walaupun banyak kedai-kedai yang enggan berhubungan dengan mereka lagi.
Dalam keadaan itu pemintaan kopi radix semakin tinggi mencatat jualan tertinggi bagi kopi 3 in 1. Kopi Radix kini mula bersaing dengan nescafe yang telah menguasai pasaran dinegara ini sejak merdeka.
Kebimbangan ini lebih ketara apabila kopi radix benar-benar memberikan khasiat kesihatan.Mereka yang lemah tubuh badan akan dapat merasakan perbezaan antara minum kopi radix,kopi radix tiruan dan nescafe.
Apa yang malang baru-baru ini HPA di minta oleh nescafe melalui surat lawyer agar tidak menggunakan iklan mug merah kerana dikatakan itu adalah milik mereka. Kalau tidak HPA kini sudah mula dilihat sebagai pesaing sudah tentu isu mug ini tidak akan timbul.
HPA mengambil langkah akan mencari warna mug yang lain bagi mengelakan perselisihan faham yang panjang. Namun bolehkah Nescafe mengubat hati pengedar HPA seramai 450 ribu orang yang menyatakan isu seperti "pukul anak,sindir menantu". HPA akan terus berjuang......
http://jawiherbshop.blogspot.com/
Anda juga harus berjuang bersama kami. Mari sama-sama kita mempertahankan HPA.
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006
Power of TAUGEH
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya
alam ukhwah,
Antara Kopi dan Teh
Antara kopi dan teh yang telah dan akan dikeluarkan dipasaran ialah seperti berikut1. Teh herba (100%pegaga)
2. Teh Asiatika (untuk sembelit yang kronik)
3. Teh Manjakani (manjakani dan kacip fatimah)
4. Teh Lemongrass (serai)- akan keluar.
5. Teh Roselle (Roselle)- akan keluar
6. Kopi Radix (7 herba)
7. Kopi radix mild (kurang manis)- akan keluar.
8. Radix Koko - akan keluar.
sementara kordial pula terdiri daripada:
1. Kordial asiatika
2. Kordial jambu merah - baru
3. Kordial mangga
4. Kordial kurma
5. kordial roselle
6. RTD roselle
7. kordial kundur (dihentikan pengedaran)
8. honey comb (bermusim)
Cawangan-cawangan yang sedang dibuka.
Antara cawangan yang sedang dibuka ialah:1. Petaling Jaya - akan siap 15/10/08
2. Seri Iskandar - 15/10/08
3. pusat pentadbiran zon timur Kuala Kerai - 50%
4. Cawangan baru Temerloh - 50%
5. Rantau Panjang - akan mula renovation
6. Raub - akan mula renovation
7. Kuantan - tambahan cawangan baru dekat Kem Askar.
8. Segamat - Insyaallah siap 1/11/08
9. Muar - siap 1/11/08
10. Kulai - dalam tindakan mendapatkan s harga.
Wassalam.
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
Saya berharap anda dapat mengambil peluang untuk menyertai program PBC ini. Banyak ilmu dan kemahiran yang akan anda pelajari dari program ini. Nak tahu cara daftar dan apa hadiah istimewa utk peserta PBC? Sila rujuk attachment dlm emel ini.
Produk baru HPA yang telah berada di pasaran:
- Ice Cream Soda Radix
- Krim But-but
- Teh Manjakani
- Kordial Jambu Merah
- Portulaca kapsul
- Tepung Ayam RFC
- Krim Pelangsing Badan
- Beras Perang Organik
Teh Manjakani sangat sedap berkhasiat. Saya telah mencubanya. Rasa seperti teh tarik + teh cameron. Memang sesuai sangat HPA nak jadikan teh ni killer product baru selepas Kopi Radix dan Radix Cola. Apa kata anda juga turut mencubanya. Mai Secawan!!!
http://duniaherbahpa.com/2008/teh-manjakani/
http://duniaherbahpa.com/2008/teh-manjakani/
Laki n perempuan dua2 boleh minum teh ini.
Wassalam.
--
Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006
INFO TAMBAHAN
Keistimewaan wanita
ANDA adalah seorang yang berfikiran POSITIF UNTUK BERJAYA, sebab itu anda sedang membaca emel ini. Kami ucapkan SYABAS DAN TAHNIAH, sebab selangkah kaki anda sudah berada di jalan menuju KEJAYAAN.
Tentu anda berasa mustahil dan tidak percaya dengan kenyataan kami ini, iaitu yang berbunyi
..bunyinya seperti Skim Cepat Kaya saja ataupun Skim Piramid,..tapi sebenarnya TIDAK DAN BUKAN SAMA SEKALI !!!, kerana HPA berkonsepkan perniagaan, dimana 9/10 daripada rezeki adalah dalam bidang perniagaan.
Untuk mencapai matlamat di atas, setiap ahli PERLU melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk merealisasikan matlamat setiap peserta. Dengan kerjasama sebegini, setiap orang akan dapat sama-sama menikmati bonus yang meningkat setiap bulan.
=========
=========
ADAKAH INI PUN ANDA TAK MAMPU???
=========
KEDUA:
=========
AHLI PERLU MAINTAIN BELIAN PERIBADI 100NM SETIAP BULAN, BAGI MELAYAKKAN MENDAPAT BONUS SETIAP BULAN DISAMPING MENIKMATI KENAIKAN PANGKAT.
PELAN PEMASARAN HPA yang berslogankan ADIL & SUKSES telah disemak oleh BADAN SYARIAH, dimana diakui tidak mengandungi unsur-unsur penindasan dan penipuan, ahli-ahli dapat menjana bonus-bonus bulanan hanya dengan membuat belian peribadi sebanyak 100 Nilai Mata ( NM ) sebulan.
JADUAL MENAJA SEORANG DOWNLINE DALAM SEBULAN & BONUS BULANAN DISERTAKAN DALAM ATTACHMENT EMEL INI.
**Mengikut perkiraan dalam jadual ini, Pada bulan ke-13, bonus anda akan menjadi RM 34,566. Kiraan bonus ini dibuat secara kasar dan tidak termasuk beberapa tambahan bonus lain lagi.
====================================================
Mulakan tindakan anda sekarang juga!
muhamadredza@gmail.com
019-3093956
YM id: rayz_2006
No comments:
Post a Comment